• PENGENALAN
  • PIRAMID MAKANAN
  • VIDEO MASAKAN
  • RESEPI DAN CARA
  • Monday, 21 September 2015

    PENGHASILAN NASI LEMAK

    Resepi Dan Cara Membuat Nasi Lemak


    Bahan A (Nasi Lemak)


    • 3 Cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
    • 3 1/2 Cawan santan pekat
    • 2 Helai daun pandan (disimpul)
    • Sedikit gula dan garam

    Bahan B (Sambal)


    • 1 Labu bawang besar (dihiris)
    • 3 Ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
    • 4 Sudu besar cili giling
    • Sedikit asam jawa 
    • 1 Inci halia (diketuk) 
    • 2 Helai daun pandan (disimpul)
    • 3/4 Gula merah
    • Sedikit gula dan garam
    • Minyak untuk menumis


    Cara masakan Nasi Lemak :

    1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
    2. Tanak nasi seperti nasi biasa.

    Cara membuat sambal nasi lemak:-

    1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
    2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
    3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
    5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
    6. Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
    7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.
    * Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak.
    Sampai disini sahaja program masak-masak bersama cik tom. hee.. Selamat mencuba cara membuat nasi lemak...


    Resepi dan Cara membuat nasi lemak

    SUMBER:
    http://www.ciktom.com/resepi-nasi-lemak-cara-mudah-dan-sedap

    No comments:

    Post a Comment